Filem2020s

Filem Memoir Seorang Guru (2024)

Filem Memoir Seorang Guru akan ditayangkan pada 30 Mei 2024 di pawagam.

Sinopsis Memoir Seorang Guru

Mengisahkan mengenai seorang guru, Cikgu Sunan yang menentang keras anak perempuannya, Kamariah meneruskan citacitanya untuk menjadi guru kerana tidak mahu perkara yang membelenggunya sehingga bersara terjadi kepada anak kesayangannya.

Konflik dalaman dan kekeliruan sepanjang bergelar pendidik menyebabkan Cikgu Sunan berasa berat hati untuk membenarkan Kamariah mengikut jejak langkahnya. Sebenarnya dia bukan menghalang Kamariah untuk menjadi seorang guru tetapi dia bimbang jika sikap buruknya ketika mendidik juga menjangkiti anaknya.

Cikgu Sunan sedar profesion mulia ini perlu dilalui bukan sekadar untuk mendapat habuan dalam bentuk gaji tetapi jauh lebih penting menjadi pendidik yang mencapai sikap murabbi.

Pelakon Memoir Seorang Guru

Rosyam Nor, Nabila Huda, Rosyam Nor, Nabila Huda, Johan As’ari, Trisha Ooi, Hariz Hamdan, Zul Huzaimy, Jesse Lim, Ellie Suriaty Omar

Related Articles

Back to top button