Filem2020s

Filem Mat Kola (2023)

Filem Mat Kola akan ditayangkan pada 21 September 2023.

Sinopsis Mat Kola

Mengisahkan tiga orang pemuda yang kecewa dalam kehidupan masing-masing. Mat Ki berhadapan masalah dibuang kerja tanpa sebab. Mat Yon ditipu tunang yang baru diketahuinya ada lelaki lain menjelang hari perkahwinan mereka. Mat Not dipandang rendah oleh ayahnya kerana tidak berjaya seperti adik-beradiknya yang lain. Sebaik terserempak, mereka mula bersemangat memperbaiki diri bersama.

Mereka mencari rumah sewa dan melalui cadangan Pak Syeikh, mereka dapat menyewa rumah sewa milik Che Som, betul-betul di sebelah rumah Che Som. Mereka merancang untuk memulakan perniagaan dengan menjual burger di kawasan kampung dan ini menimbulkan rasa dengki Pak Syeikh. Pelbagai rancangan dilakukan Pak Syeikh untuk mensabotaj perniagaan mereka.

Pelakon Mat Kola

Ropie, Usop, Taiyudin Bakar, Azman Ahmad, Rozita Che Wan, Putri Hanan

Related Articles

Back to top button