Filem1990s

Filem Maria Mariana (1996)

Sinopsis Maria Mariana

Maria dan Mariana adalah adik-beradik, tetapi mempunyai perbezaan watak yang ketara. Mariana ialah seorang gadis yang liar, manakala kakaknya, Maria, lebih sederhana dan berminat dalam pendidikan serta kerjaya. Setelah dewasa, Maria menyertai pasukan polis sementara Mariana masih mempertahankan perangai liar beliau. Namun, hidup Mariana berubah apabila Jefri muncul dalam hidupnya. Malangnya, kekecewaan besar menimpa Mariana apabila Jefri memilih untuk berkahwin dengan kakaknya Maria dan bukan dengannya. Sementara itu, Tony dan Robert yang merupakan pemimpin geng penjenayah cuba untuk menghancurkan dan menculik Mariana. Maria sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri untuk menyelamatkan kakaknya daripada bahaya tersebut.

Pelakon Maria Mariana

Ziana Zain, Erra Fazira, Yang Kassim, Noraini Hashim, Kenji Lim, A Galak, Roy Azman, TS Jeffry, Edika Yuso dan Shaharom Anuar.

Related Articles

Back to top button