Filem2000s

Filem Lagi-Lagi Senario (2001)

Sinopsis Lagi-Lagi Senario

Wahid mengalami masalah kewangan apabila restoran eksklusif tempatnya bekerja terpaksa mengurangkan tenaga kerjanya. Setelah gagal mencari kerja yang setaraf dengan kerjayanya, Wahid terpaksa berkerja sebagai pelayan di warung Azlee. Yassin dan Saiful juga bekerja di warung Azlee, dengan Saiful bertanggungjawab sebagai penebar roti canai yang menjadi kegemaran pelanggan.

Warung Azlee sangat popular kerana roti canai buatan Saiful yang khas. Namun, segalanya berubah apabila seorang pemuda bernama Mazlan membuka warung bersebelahan. Pada mulanya, Azlee tidak risau tentang persaingan itu. Namun, keadaan bertukar apabila Saiful memutuskan untuk bekerja di warung Mazlan. Sejak itu, warung Azlee mula kehilangan perhatian pelanggan.

Azlee berusaha mencari penebar roti canai yang baru, tetapi usahanya gagal. Yassin juga memilih untuk berpindah ke warung Mazlan. Wahid merasa kasihan dengan Azlee dan ingin membantu untuk memperbaiki keadaan.

Pelakon Lagi Lagi-Lagi Senario

Azlee Jaafar, Ani Maiyuni, Accapan Muthusamy, Mazlan, Saiful Apek, Wardina Safiyyah, Wahid, dan Yassin.

Related Articles

Back to top button