Filem2000s

Filem Lady Boss (2005)

Sinopsis Lady Boss

Mengisahkan seorang gadis, Sheila yang bersikap ego tanpa mengira masa dan tempat. Dia anak seorang usahawan terkenal, Datuk Yusry. Sheila menguruskan perniagaan bapanya dengan cekap tetapi sering membelakangkan nilai kemanusiaan dan terlalu tegas dalam menjalankan kerjanya.

Kewibawaannya tercabar dengan kehadiran seorang pemuda bernama Saiful kerana lelaki itu peramah, kelakar dan jujur serta bersikap sederhana. Sepanjang bekerja di syarikat itu, Saiful sering menimbulkan kemarahan Sheila.

Saiful terpikat pada gadis bernama Salmi. Datuk Yusry yang cukup menyayangi Sheila bagaimanapun tidak dapat menahan sabarnya apabila melihat anak gadisnya itu bersikap biadap terhadap seorang pengawal keselamatan.

Pelakon Lady Boss

Ning Baizura, Saiful Apek, Yusry, Erra Fazira, Farid Kamil, Ismail Din, Khatijah Tan, M. Rajoli

Related Articles

Back to top button