Filem2010s

Filem Juvana (2013)

Sinopsis Juvana

Cerita bermula selepas kejadian rusuhan di Sekolah Wira Bakti. Pelajar-pelajar yang terlibat dihantar ke Sekolah Indera Sakti. Apek, Ayam, Kicap, Panjang dan Komeng dipertemukan dengan Lan Todak dan cuba mengelak daripada melakukan kesilapan. Daim yang dibebaskan turut berpindah ke sekolah baru dan mengalami masalah buli. Botak, pelajar yang dituduh mencetuskan huru-hara, juga dihantar ke sana. Daim terpaksa melakukan dua kerja sebagai pelajar dan pekerja syarikat pembinaan. Kehadiran Sara mengubah kesengsaraan Daim.

Situasi di sekolah menjadi rumit apabila Apek dan Kicap terlibat dalam pergaduhan dan Apek kehilangan ibunya. Apek membalas dendam pada Lan Todak, dan mereka yang terlibat didenda. Daim berhenti sekolah berikutan pembongkaran kisah silamnya oleh pelajar yang tidak bertanggungjawab. Namun, dorongan Pengetua memberikan kekuatan padanya untuk terus belajar. Botak mula berubah dan mendapat sokongan Panjang dan Komeng. Kicap menceritakan keadaan di sekolah baru pada Daim ketika mereka bertemu di hospital.

Pelakon Juvana

Khairul Mohamed, Idzham Ismail, Syafie Naswip, Johan Asari, Sharnaaz Ahmad, Zahiril Adzim, Sara Ali, Adlin Aman Ramli, Rahhim Omar, Shiera Aiyob, Adam Shah, Megat Farzeril, Syazwan Zulkifly.

Related Articles

Back to top button