Filem2020s

Filem Harimau Malaya : The Untold Journey (2024)

Filem Harimau Malaya : The Untold Journey akan ditayangkan pada 15 Ogos 2024 di pawagam.

Sinopsis Harimau Malaya : The Untold Journey

Mengisahkan kebangkitan semula Harimau Malaya selepas kemerosotan yang membawa kepada peletakan jawatan jurulatih Tan Cheng Hoe pada Januari 2022.

Kisah harimau malaya ini digerakkan melalui empat perspektif naratif iaitu dari sudut badan pengurusan skuad kebangsaan harimau malaya, ketua jurulatih Harimau Malaya, pemain dan ultras khususnya tiga rakan yang merupakan penyokong tegar Harimau Malaya. Mereka telah disenarai hitamkan daripada menghadiri perlawanan bola sepak di stadium selama setahun.

Empat perspektif ini akan bertembung pada perlawanan terakhir Kelayakan Piala Asia apabila skuad Harimau Malaya berdepan Bangladesh di mana mereka berjaya menewaskan Bangladesh dan layak ke Piala Asia selepas 42 tahun.

Pelakon Harimau Malaya : The Untold Journey

Meerqeen, Tony Eusoff, Sophia Albarakbah, Aiman Hakim Ridza, Amelia Henderson, Hazama, Erra Fazira, Aidil Aziz, Namron, Zain Hamid, Douglas Lim, Kavin Jay, Mia Sara, Bell Ngasri, Vanida Imran, Wanna Ali, Afdlin Shauki, Liyana Jasmay, Nabil Zakaria

Related Articles

Back to top button