Filem2020sTonton

Filem Detik (2024)

Filem Detik akan ditayangkan pada 14 Februari 2024 di Tonton.

Sinopsis Detik

Kisah pengembaraan masa yang membawa Irdina kembali ke zaman silamnya 10 tahun yang lalu selepas menemui satu komputer lama milik seorang profesor.

Irdina membeli sebuah rumah lelong yang telah ditinggalkan hampir 5 tahun lalu. Menurut jiran di situ, rumah tersebut merupakan milik seorang Profesor bernama Aida yang telah meninggal dunia pada tahun 2017.

Suatu hari, Irdina terjumpa sebuah pintu rahsia. Di dalamnya merupakan sebuah bilik dengan peralatan teknologi yang membolehkan seseorang memasuki ke tahun 2013.

Irdina hanya perlu memilih tarikh dan mesin itu akan membawanya ke waktu tersebut. Dia sangat teruja kerana dapat menukar sejarah dan ingin mengubah kisah cintanya sendiri.

Berkesempatan bertemu dengan Profesor Aida, dia telah memberi amaran kepada Irdina agar jangan sesekali mengubah sejarah. Apabila Irdina berbuat demikian, semuanya jadi hura-hara!

Pelakon Detik

Sharifah Rose, Sherry Ibrahim, Izzue Islam, Fabian Loo, Halim Radzi, Amyza Aznan, Roy Azman.

Related Articles

Back to top button