Filem2020sPrime Video

Filem Budak Flat (2023)

Filem Budak Flat akan ditayangkan pada 16 November 2023 di Prime Video.

Sinopsis Budak Flat

Mengenai dua adik beradik iaitu Aman bekas pencuri dan Riz pengedar dadah, terpaksa berlawan sesama sendiri kerana desakan keadaan. Ketegangan memuncak apabila Aman dituduh membunuh ahli kumpulan yang dihormati, membawanya ke persimpangan yang berbahaya.

Untuk mengelak daripada tunduk kepada tekanan kumpulan Riz, Aman mesti sama ada mencari pelaku sebenar atau menghadapi masa depan yang sangat ingin dielakkan. Ketika perebutan ketuanan antara dua beradik itu semakin sengit, penduduk pangsapuri kos rendah itu secara tidak sengaja terlibat dalam perang kumpulan di dalam bangunan mereka sendiri.

Pelakon Budak Flat

Zahiril Adzim sebagai Aman, Pablo Amirul sebagai Riz, Nabila Huda, Aaron Aziz, Joyce Harn, Yung Raja, Balan Kash, Azri Sabri, Deen Maidin, Syarnie.

Related Articles

Back to top button