Filem2020s

Filem Banglo Seksyen 12 (2024)

Filem Banglo Seksyen 12 akan ditayangkan pada 25 Januari 2024 di pawagam.

Sinopsis Banglo Seksyen 12

Mengisahkan tentang pembunuhan misteri sekumpulan remaja pada tahun 2006 di sebuah banglo menjadi lokasi kegemaran kumpulan paranormal untuk membuat penggambaran sebagai kandungan di platform digital mereka.

Keadaan menjadi misteri apabila kumpulan paranormal yang datang ke lokasi menemui beberapa mayat tanpa kepala di dalam banglo itu. Mereka menemui seorang remaja (Fahmi) yang terselamat, mukanya berlumuran darah dan sedang ditenangkan oleh seorang wanita (Dr. Saleha) yang memperkenalkan dirinya sebagai pakar psikologi.

Dr Saleha menyatakan bahawa kronologi misteri pembunuhan pada 2006 adalah sama seperti yang berlaku pada malam itu. Dia merupakan doktor yang merawat remaja yang terselamat dari kejadian misteri yang lalu.

Selepas dipujuk oleh Dr Saleha, Fahmi yang masih trauma menceritakan perkara misteri yang berlaku sebelum semua rakannya hilang dan meninggal dunia. Dirinya seakan memasuki dunia lain ketika berada di dalam banglo itu.

Selepas didesak bertubi-tubi oleh ketua kumpulan paranormal untuk menceritakan kisah sebenar, Fahmi memberitahu ada makhluk besar membunuh rakannya di banglo itu. Adakah makhluk itu hanya ilusi atau jelmaan yang dipuja oleh sekumpulan remaja sebelum ini?

Pelakon Banglo Seksyen 12

Intan Ladyana, Mustaqim Bahadon, Hariz Hamdan, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Faez Malek, Harris Alif.

Related Articles

Back to top button