Filem2010s

Filem 7 Hari Kisah Cinta Langkawi (2019)

Sinopsis 7 Hari Kisah Cinta Langkawi

Berkisahkan seorang vlogger popular bernama Adira yang menggunakan nama vlog Diva Asmara yang kerap memuatnaik kata-kata nasihat dan motivasi kepada pengikutnya tentang permasalahan cinta remaja serta bagaimana mengatasinya.

Apabila beliau menerbitkan buku bertajuk Cara Memikat Lelaki Dalam 7 Hari, seorang lagi vlogger di Langkawi bernama Joe mencabarnya untuk membuktikan keberkesanan sistem yang disarankan dalam bukunya. Adira enggan melayan cabaran tersebut tetapi pembantu peribadinya, Eli mendesak Adira untuk menyahut cabaran yang telah menjadi viral di media social.

Cabaran yang dilontarkan kepada Adira bukanlah untuk Joe jatuh cinta dengannya dalam 7 hari tetapi untuk Adira menawan kawan Joe bernama Ben yang berasal dari UK. Lebih-lebih lagi situasi ini menjadi rumit dengan kehadiran kawan Joe iaitu Nik yang sering mengganggu pelan Joe untuk merosakkan reputasi Adira (dengan cara yang tak sengaja).

Pada masa yang sama, ayah Adira, Datuk Rahim telah memaksa anak rakanniaganya, Zul segera ke Langkawi untuk memikat hati Adira, kerana dia inginkan Zul untuk menjadi menantunya.

Siapakah yang akan berjaya? Adira? Joe? Nik? Zul? Atau Ben?

Pelakon 7 Hari Kisah Cinta Langkawi

Josiah Hogan, Mark Adam, Peter Davies, Chi Azim, Tengku Ely, Amai Kamaruddin, Sharifah Shahira, Shahruddin Thamby, Chi Azim, Tengku Norsaili

Related Articles

Back to top button