DramaSlot Samarinda TV3

Drama Zahira

Sinopsis Zahira

Mengisahkan perjalanan hidup seorang graduan bernama Zahira yang menganggur setelah idea perisian komputernya dicuri oleh kekasihnya sendiri.

Zahira yang sangat mencintai kekasihnya itu kecewa dan patah hati setelah cintanya dikhianati dan menjadi mangsa kepada teman lelakinya, Sufiyan yang hanya mahu mempergunakannya sejak dari zaman universiti lagi.

Demi membantu keluarganya yang miskin dan dibelenggu hutang-hutang lama, Zahira bangkit daripada kesedihan yang dihadapi untuk membantu emaknya yang juga seorang ibu tunggal, Mak Ani.

Disebabkan sukar mencari kerja dalam bidangnya, Zahira nekad bekerja di sebuah hotel milik Iqbal sebagai pekerja biasa. Bertitik tolak dari situ, kisah percintaan mula berputik antara Zahira dan Iqbal.

Pelakon Zahira

Zara Zya, Adi Putra, Azizah Mahzan, Fazreen Rafi, Anne Dollah, Bea Balqis, Ryzal Jaafar

Drama Zahira

Jumlah Episod: 15
Hari: Rabu-Khamis
Siaran: Slot Samarinda TV3

Related Articles

Back to top button