DramaAwesome TV

Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini

Sinopsis Yang Bakal Mati Ramadan Ini

Mengisahkan Pak Daus yg merupakan seorang bomoh telah mendapat mimpi tentang kematian yg akan berlaku kepada keluarganya. Pak Daus tidak mahu menceritakan hal mimpi tersebut kepada isterinya sehingga Mak Bibah risau dan cuba menelefon anak-anaknya selepas melihat tidur suaminya selalu terganggu kerana hal tersebut.

Pak Daus dan Mak Bibah mempunyai tiga orang anak iaitu Hasnul, Natrah dan Alana yg kesemuanya menetap di Kuala Lumpur dan sibuk dengan urusan masing-masing. Hasnul, anak sulung Pak Daus merupakan seorang pensyarah dan tidak suka dengan pekerjaan ayahnya dan menganggap semua itu tahyul. selepas video Pak Daus viral di youtube, Hasnul marah dan malu bila hal tersebut menjadi bualan pelajar-pelajarnya.

Zalia sebagai isteri menegur kelakuan Hasnul yg selalu mengelak menjawab panggilan Mak Bibah. selain itu, Zalia cuba membantu menjernihkan hubungan Natrah dan Amli tetapi niat baiknya ditegur Hasnul kerana tidak mahu Zalia mencampur urusan rumah tangga adiknya. Natrah dan Amli selalu bergaduh kerana ego masing-masing. Natrah terlalu sibuk dengan bisnes salonnya sampai tiada masa untuk keluarga dan Amri pula rasa tergugat kerana tidak mempunyai pendapat tetap.

Hubungan rapat antara Amli dan Alana juga menyebabkan Natrah cemburu sebab sebelum mereka berkahwin pun, Natrah tahu yang Amli telah lama berkawan baik dengan adiknya. Alana pula telah menjadi pembantu peribadi kepada Mikhail (Keith Foo), banyak arahan pelik daripada boss barunya sehingga Alana annoying dengan perangai Mikhail. kerana salah faham, Alana berhenti kerja dan terus pulang ke kampung.

Sebaik Alana pulang, Mak Bibah menceritakan tentang kelakuan aneh Pak Daus dan bila bercakap sendiri dengan bapanya baru Alana perasan yg bapanya seperti tahu-tahu tentang kejadian buruk yg menimpa Natrah. Alana yg bimbang segera menelefon Hasnul dan menyuruhnya pulang tapi ada sahaja alasan dari Hasnul.

Pelakon Yang Bakal Mati Ramadan Ini

Nasir Bilal Khan, Liza Abdullah, Keith Foo, Jaja Iliyes, Beego, Bella Astillah, Amar Asyraf, Nazeera Sardi, Norreen Iman, Isaac Iman, Hannah Qiasatinna, Beayqaa, Nurul Fatihah, Zalfa Zin

Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini

Jumlah Episod: 22
Tarikh: 12 April 2021
Hari: Isnin-Jumaat, 10:00 malam
Siaran: Awesome TV

Related Articles

Back to top button