DramaSlot Akasia TV3

Drama Wanita Milik Tuan Putra

Sinopsis Wanita Milik Tuan Putra

Menentukan bahawa sesuatu perjumpaan itu sekadar pertemuan atau satu suratan amat menyulitkan. Dengan kemunculan Bunga Zinnirah, dapatkah Tuan Putra Anaqi mengubah nasib dirinya setelah pemergian isterinya sekian lama?

Bunga dihalau keluar oleh bapa angkatnya, Dato’ Azka apabila mendapati Bunga bersama lelaki lain di dalam bilik! Bunga tiada tempat untuk berteduh. Namun, dengan bantuan Tuan Putra, Bunga dapat menumpang di rumahnya bersama pembantu rumah iaitu, Mak Jah dan Pak Jais.

Insiden yang berlaku kepada Bunga membuatkan Putra berasa simpati membuat dirinya akur untuk berkahwin dengan Bunga atas desakan Dato’ Azka. Di mana ada cinta, di situ ada benci. Tania, kakak tiri kepada Putra tidak merestui perkahwinan mereka kerana sudah lama menyimpan perasaan terhadap Putra.

Lama kelamaan, hubungan mereka semakin erat dan Putra mula menyedari bahawa cintanya terhadap Bunga semakin mekar. Adakah sesuatu bakal mengancam hubungan mereka? Atau cinta mereka dapat dipertahankan hingga akhir hayat?

Pelakon Wanita Milik Tuan Putra

Intan Najuwa, Hisyam Hamid, Sherry Ibrahim, Natasya Mahyan, Wafariena, Syazuwan Hassan, Hafidz Roshdi, Badrul Muhayat, Kuza, Kathy Azian, Enot sebagai, Eddy Effrimz, Aznah Hamid, Azman Jantan, Kay Maria, Draman Md, Ieka Zulkifli, Farah Wahida, Ramli Saleh

Drama Wanita Milik Tuan Putra

Jumlah Episod: 28
Tarikh: 21 Oktober 2022
Hari: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Siaran: Slot Akasia TV3

Related Articles

Back to top button