DramaViu

Drama W: Two Worlds

Drama W: Two Worlds akan ditayangkan pada 30 November 2023 dengan dua episod baharu pada setiap hari Khamis di Viu.

Sinopsis W: Two Worlds

Mengisahkan tentang Izara, seorang doktor muda dan bapanya Omar, yang merupakan pelukis siri webtoon popular, W. Apabila Omar hilang tanpa jejak, pencarian Izara membawa dirinya ke dunia webtoon, di mana dia menyelamatkan nyawa watak utama webtoon tersebut iaitu Aliff.

Dengan berbuat demikian, Izara mendapati dirinya ditulis ke dalam cerita, apabila webtoon itu seakan hidup dan mula berfungsi sebagai realiti yang berbeza. Aliff sedang memburu lelaki yang membunuh keluarganya sepuluh tahun lalu.

Dia sedar bahawa nasib Izara dan dirinya saling berkait, tapa menyedari bahawa dirinva adalah watak dalam sebuah webtoon. Apabila dua dunia bertembung, pelbagai situasi yang tidak dijangka timbul yang membawa kepada konflik dan kisah percintaan.

Pelakon W: Two Worlds

Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Faizal Hussein, Mierul Aiman, Elizabeth Tan, Tony Eusoff, Shahkimin

Drama W: Two Worlds

Tarikh: 30 November 2023
Hari: Khamis
Siaran: Viu

Related Articles

Back to top button