DramaAstro Ria

Drama The Maid

Sinopsis The Maid

Mengisahkan tentang kehidupan Jay bersama empat orang isterinya iaitu Suhana, Nadia, Fika dan Elisa yang mula jadi popular setelah Jay mengabadikan kisahnya dalam berpoligami menerusi sebuah novel bertajuk Mr Payung Emas. Pada luaran, kehidupan mereka nampak bahagia namun hakikatnya, Suhana, Nadia, Fika dan Elisa saling membenci. Hanya pembantu rumah masing-masing yang mengetahui kisah mereka.

Konflik terjadi apabila isteri keempat, Elisa telah terbunuh ketika perjumpaan keluarga. Oleh kerana semua ahli keluarga berada di tempat kejadian, mereka adalah suspek utama pembunuhan. Jadi mula timbul persoalan tentang, siapa pembunuh sebenar Elisa dan mengapa pembunuhan itu berlaku.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri-isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra muncul sebagai pembantu rumah yang baru.

Siapakah dalang di sebalik kematian Elisa?

Pelakon The Maid

Norman Hakim, Sherry Al Hadad, Mira Filzah, Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Siti Khadijah Halim, Zarina Zainoordin, Isha Norsham, Nadya Syahera, Ieda Moin

Drama The Maid

Jumlah Episod: 12
Tarikh: 6 Januari 2021
Hari: Rabu, 9:30 malam
Siaran: Astro Ria

Related Articles

Back to top button