DramaAstro Ria

Drama Tetuan Ang & Rahimin

Sinopsis Tetuan Ang & Rahimin

Sebuah firma guaman hampir mengalami kerugian apabila seorang ketua samseng mengupah mereka untuk melindungi operasi haramnya. Tetuan Ang & Rahimin sebuah firma guaman yang dimiliki Azlan Ang dan Rahimin. Budi merupakan penguam junior yang baru memulakan tugas sudah tertekan dengan situasi di firma tersebut.

Hal ini kerana, Karina yang merupakan peguam cemerlang di situ telah berpindah ke firma guaman lain dengan membawa bersama semua klien yang pernah mendapatkan khidmat guamannya. Rahimin pula mengambil kes yang mudah dengan cara meminta anak guamnya terus mengaku bersalah kerana tidak mahu mengalami proses mahkamah yang panjang. Manakala Ang pula menolak sebarang kes yang memerlukan dia masuk ke mahkamah kerana trauma dengan satu kes lampau.

Ketiadaan Karina memberi kesan kepada firma mereka sehingga suatu hari, Rahimin mendapat tawaran daripada Shaukie untuk bekerja secara eksklusif dengannya dan bayaran yang akan diterima sangat lumayan.

Rahimin mahu menerima tawaran tersebut kerana dapat membantu kewangan firma mereka yang mempunyai masalah walaupun Ang tidak bersetuju kerana latar belakang Shaukie sebagai ketua samseng yang akan mendatangkan masalah di kemudian hari. Ternyata jangkaan Azlan Ang berasas apabila satu demi satu insiden melibatkan kegiatan Shaukie mula mengganggu kehidupan mereka.

Pelakon Tetuan Ang & Rahimin

Daiyan Trisha, Ben Amir, Rashidi Ishak, Anita Baharom, Ellyas Abdullah, Shahril Sarjen, Nizam Kama

Drama Tetuan Ang & Rahimin

Jumlah Episod: 20
Tarikh: 14 Februari 2022
Hari: Isnin-Khamis, 11:00 malam
Siaran: Astro Ria

Related Articles

Back to top button