DramaAstro Ria

Drama Takdir Itu Milik Aku

Drama Takdir Itu Milik Aku akan ditayangkan pada 26 Februari 2024, Isnin – Khamis, 10:00 malam di Astro Ria.

Sinopsis Takdir Itu Milik Aku

Dian, seorang gadis muda yang terpinggir, merasakan kehidupannya diceroboh oleh kekejaman emak saudaranya, Kamsiah. Impiannya untuk mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi musnah ditengah jalan apabila dia dipaksa menjadi orang gaji. Namun, takdir membawa dia bertemu dengan Zarif Adha, cucu majikan yang berpura-pura baik. Janji-janji manisnya hanya satu dusta semata-mata.

Zarif Adha, yang hidup dalam kemewahan dan keangkuhan, tidak teragak-agak mempermainkan Dian untuk kepentingan dirinya sendiri. Datin Munirah, pula, dengan ketamakannya, mengorbankan Dian demi memenuhi hasratnya untuk menguasai harta keluarga. Pertanyaan yang menggantung: Adakah Dian terus menderita atau mampukah dia berdiri tegak menentukan takdirnya sendiri?

Pelakon Takdir Itu Milik Aku

Emma Maembong, Shaheizy Sam, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Fauziah Nawi, Mustaqim Bahadon, Mak Engku Fridah, Nasz Sally, Riz Amin, Sharifah Husna, Duerra Mitilda, Shakilla Khoriri, Mahmud Alibashah, Rayyan Mikail, Radhi Khalid

Drama Takdir Itu Milik Aku

Jumlah Episod: 40
Tarikh: 26 Februari 2024
Hari: Isnin – Khamis, 10:00 malam
Siaran: Astro Ria

Related Articles

Back to top button