DramaAstro Ria

Drama Suami Tanpa Cinta

Sinopsis Suami Tanpa Cinta

Kisah persahabatan antara Zaidan Iman dan Ain Syifa bermula sejak zaman persekolahan. Demi menyelamatkan perniagaan keluarga, mereka memutuskan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka.

Namun, perkahwinan mereka mempunyai syarat tertentu. Jika Ain ditalak oleh Zaidan, maka syarikat akan jatuh ke tangan Ain dan Zaidan tidak lagi mempunyai hak atas syarikat itu. Oleh itu, Zaidan dan Ain berusaha untuk mempertahankan perkahwinan mereka.

Ain cuba untuk menyayangi dan mencintai Zaidan, tetapi kisah silamnya membuatkan Ain mengunci dirinya daripada mencintai Zaidan. Namun, kehidupan mereka semakin hari semakin ceria dan bahagia, mereka saling melengkapi satu sama lain. Zaidan berusaha dengan pelbagai cara untuk membuat Ain jatuh cinta padanya, walaupun Ain keliru dengan perasaannya sendiri. Zaidan sedar bahawa isterinya sudah mula mencintainya, namun masih belum mampu untuk mengakui perasaan itu.

Kepercayaan mereka terhadap pasangan masing-masing membantu mereka dalam menangani godaan-godaan yang datang silih berganti. Namun, kebahagiaan mereka teruji dengan satu berita yang sampai kepada Ain. Ain mula meragui Zaidan yang mula berahsia dengannya.

Keadaan semakin rumit apabila Ain lari meninggalkan Zaidan dengan meninggalkan sebuah nota kecil yang membuatkan Zaidan risau dan bimbang. Mampukah Zaidan mencari Ain? Mampukah perkahwinan tanpa cinta mereka bertahan hingga akhir hayat? Dan apakah kebenaran di sebalik cerita yang didengari oleh Ain?

Pelakon Suami Tanpa Cinta

Shukri Yahaya, Janna Nick, Cristina Suzanee, Mark Adam, Sarah Hildebrand, Afzan A.Rahman, Noor Ikhram, Wan Sharmila, Mia Nasir, Roy Azman, Zeila Jalil, Hilal Azman, Liza Abdullah, Ungku Ismail Aziz

Drama Suami Tanpa Cinta

Jumlah Episod: 16
Hari: Isnin-Khamis
Siaran: Astro Ria

Related Articles

Back to top button