Sinopsis Serpihan Sayang
Nadia adalah seorang wanita yang bahagia setelah mendapat berita gembira bahawa dia akan menjadi ibu. Namun, segalanya berubah apabila dia mengalami kemalangan dan kehilangan bayinya dalam kandungan. Nadia tidak dapat menghadapi kesedihan dan mengalami penyakit postpartum psikosis yang menyebabkan keadaannya semakin teruk.
Walau bagaimanapun, dengan rawatan dan terapi yang rapi, Nadia dapat bangkit semula dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Dia tinggal bersama suaminya, Syakir, dan anak perempuan mereka, Alisya. Namun, situasi berubah apabila Imran, abang kandung Syakir yang telah lama terpisah, datang untuk menetap bersama mereka.
Imran bijak mengatur langkah untuk mempengaruhi Syakir agar dia dapat tinggal bersama-sama. Walaupun pada awalnya Nadia dan Syakir menyambut baik kedatangan Imran, pelbagai kejadian aneh mula berlaku selepas Imran menetap di rumah tersebut. Nadia yang sedang menghadapi penyakit postpartum psikosis semakin teruk dan kejadian-kejadian turut berlaku di rumah mereka.
Pelakon Serpihan Sayang
Fasha Sandha, Aeril Zafrel, Shahz Jaszle, Elisya Sandha, Zarina Zainoordin, Ameerul Asyraf, Amirul Asyhwad, Tallisya, Nick Syaf, Auni Zahra, Syed Irfan
Drama Serpihan Sayang
Jumlah Episod: 16
Tarikh: 22 Februari 2023
Hari: Isnin-Jumaat, 10:00 malam
Siaran: Slot Samarinda TV3