DramaTonton

Drama SeOfis

Drama SeOfis akan ditayangkan pada 18 Januari 2024 di Tonton.

Sinopsis SeOfis

Pertembungan tiga personaliti wanita berkerjaya di usia 30-an yang akhirnya membentuk satu ikatan persahabatan bagi mengharungi suka duka, cita-cita dan cinta di ibu kota.

Samirah atau Sam ialah seorang pereka hiasan dalaman yang bercita-cita tinggi untuk tersenarai di dalam senarai Forbes 40 Under 40. Oleh itu, Sam sentiasa melakukan yang terbaik untuk mencapai hasrat tersebut. Muhaini atau Aini ialah seorang usahawan yang baru saja memulakan perniagaan menjual hasil kerja kayu ayahnya iaitu perabot yang dibuat sendiri. Aini memperkenalkan Yana kepada Sam. Liyana atau Yana ialah seorang ejen hartanah yang berpengalaman, berwawasan dan sentiasa mengikuti trend semasa.

Permulaan yang agak sukar bagi tiga wanita yang berbeza personaliti untuk bekerja di ruang kerja yang sama. Aini cepat terpengaruh dengan personaliti Sam yang sangat lantang tetapi Yana menyimpan rasa curiga terhadap Sam.

Selain berhadapan dengan pelbagai kerenah klien, trio ini tidak melupakan cita-cita yang perlu dicapai. Sam inginkan satu pengiktirafan dan mengimpikan untuk memenangi sebuah anugerah. Aini impikan calon suami yang menyamai figura ayahnya manakala Yana mahu mencapai sasaran duit simpanan sebelum usia bersara sebelum dia meneruskan cita-cita asalnya untuk bergelar seorang penyanyi!

Apabila mereka bertiga sedar bahawa mereka mempunyai musuh yang sama iaitu Faris, seorang arkitek yang sombong dan sanggup melakukan apa saja demi kejayaan sendiri. Jadi, Sam, Yana dan Aini telah bergabung untuk menjatuhkan Faris. Adakah pertemuan ini juga bakal membawakan ketegangan dalam soal cinta?

Pelakon SeOfis

Siti Saleha, Nadiya Nisaa, Nadia Aqilah, Fahrin Ahmad, Hafizul Kamal, Hafidzuddin Fazil, Josiah Hogan, Akmal Azwar, Munir Kharuddin, Ikhwan Lein, Syahir Shafie, Anas Ridzuan, Malia Baby, Ariel Izz, Arianna Yusof

Drama SeOfis

Jumlah Episod: 12
Tarikh: 18 Januari 2024
Siaran: Tonton

Related Articles

Back to top button