DramaSlot Akasia TV3

Drama Seindah 7 Warna Pelangi

Sinopsis Seindah Tujuh Warna Pelangi

Andika dan Aira adalah sepupu yang berkahwin dengan matlamat yang berbeza. Andika ingin mendapatkan bahagian harta Aira yang diwarisi daripada datuk mereka, manakala Aira berkahwin atas dasar cinta. Tetapi perkahwinan mereka tidak kekal lama kerana Aira merajuk membawa diri meninggalkan keluarga dan anaknya Sofia.

Selepas tiga tahun hilang, Aira pulang ke kampung untuk menyertai perkahwinan abangnya. Dia bertemu kembali dengan keluarga dan anaknya, tetapi ketika bertemu dengan bekas suaminya, Andika, ia menggamit kenangan yang cuba dilupakan.

Andika sedar kesilapannya yang menyebabkan runtuhnya rumahtangga mereka, dan cuba memujuk Aira, tetapi Aira tidak memberinya ruang di hatinya. Kemudian, Aira mengalami kehilangan ingatan akibat tragedi dan Andika menggunakan peluang itu untuk mendapatkan kembali hati Aira.

Pelakon Seindah Tujuh Warna Pelangi

Riz Amin, Wanns Ahmad, Wilma Muhammad, Nabila Razali, Elly Mazlein, Jalaludin Hassan, Aidil Aziz, Laila Nasir, Sahronizam Noor, Aeril Zafrel, Wanna Ali, Raja Afiq, Nazeera Sardi, Hairie Othman, Hun Haqeem, Cassia Iman

Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi

Jumlah Episod: 28
Hari: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Siaran: Slot Akasia TV3

Related Articles

Back to top button