DramaSlot Akasia TV3

Drama Sedetik Cinta

Sinopsis Sedetik Cinta

Sebelum perkahwinan Hakimi dan Elisya, Elisya terpaksa melarikan diri kerana menerima tawaran memperagakan fesyen ciptaan anak Malaysia di luar negara yang jatuh pada hari perkahwinannya. Emylia dipaksa menggantikan tempat kakaknya oleh ibu bapa mereka dan akhirnya, Hakimi bersetuju untuk berkahwin dengan Emylia tetapi hatinya menyimpan dendam.

Elisya yang keras kepala sering mencemburui Emylia dan mempergunakan Emylia untuk mencapai tujuannya. Perkahwinan Emylia dan Hakimi menyebabkan hubungan Emylia dengan Fuad terputus. Walaupun Hakimi tidak mempunyai perasaan cinta terhadap Emylia, Emylia tetap melayan Hakimi sebaik mungkin. Hakimi terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kakinya patah dan ketabahan Emylia menjaga Hakimi sepanjang sakit mengubah sikap Hakimi yang semakin menyintai Emylia. Ketika Hakimi dan Emylia mula menjalin cinta, Elisya telah kembali ke Malaysia.

Pelakon Sedetik Cinta

Hanez Suraya, Redzuan Hashim, Puteri Fatin, Kathy Azean, Tunku Hanis, Fizz Fairuz, Awal Ashaari, Sofian Bujang, Zarynn Min, Rosnah Johari.

Drama Sedetik Cinta

Jumlah Episod: 24
Hari: Isnin-Khamis
Siaran: Slot Akasia TV3

Related Articles

Back to top button