DramaSlot Lestary TV3

Drama Romantika 4 Hari 3 Malam

Sinopsis Romantika 4 Hari 3 Malam

Lana Analia Suhaimi, seorang gadis kampung, diterima bekerja sebagai wartawan di majalah Sweetheart. Tugasan pertamanya ialah menulis artikel mingguan bertajuk ‘Blind Date’. Lana mengatur janji temu dengan lelaki-lelaki yang tidak dikenali dan menulis pengalaman ini dalam artikel tersebut.

Artikelnya menjadi popular dan dia memenangi hadiah percutian ke sebuah pulau. Di situ, dia bertemu dengan Amar Najwan tetapi terdapat salah faham antara mereka. Meskipun begitu, mereka menghabiskan masa bersama-sama sehingga Amar terpaksa tinggalkan Lana akibat tekanan dari ibunya.

Amar berkongsi masalahnya dengan kawan baiknya, Hisham dan Hisham meminta penyiasat persendirian untuk mengekori Lana. Namun, apa yang berlaku selepas itu di luar jangkaan mereka.

Pelakon Romantika 4 Hari 3 Malam

Sean Lee, Lisdawati, Zila Bakarin, Aida Aris, Syafi Tee, Jesse Lim, Sahronizam Noor, Nynaa Harizal, Oshin Ahmad, Amelia Henderson, Izzendra, Daniesh Suffian, Wafariena, Dottie.

Drama Romantika 4 Hari 3 Malam

Jumlah Episod: 13
Tarikh: 10 Mac 2021
Hari: Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Siaran: Slot Lestary TV3

Related Articles

Back to top button