DramaAstro Premier

Drama Riot! Rebel With A Cause

Drama Riot! Rebel With A Cause akan ditayangkan pada 22 September 2023 Jumaat, 9:00 malam di Astro Premier.

Sinopsis Riot! Rebel With A Cause

Menceritakan kisah fiksyen sebuah band, Langkah Mayat yang memainkan muzik protes untuk menyuarakan keadilan untuk mangsa-mangsa ketidakadilan di kampus mereka. Penyanyi utama mereka, Sal yang merupakan mangsa gangguan seksual oleh pensyarahnya bersama-sama rakan seperjuangannya Feeqi, Kristy dan Wid berhasrat untuk memainkan lagu-lagu mereka untuk membawa kesedaran mengenai isu gangguan seksual.

Namun, setiap ahlinya mempunyai kisah tersendiri serta masa lampau yang gelap. Dalam perjuangan mencari keadilan, mereka berdepan dengan pelbagai kejutan dan rahsia gelap yang menguji bukan hanya persahabatan mereka, tetapi juga diri mereka yang sebenar. Menerusi penceritaan yang penuh dengan perasaan dan dramatik, isu-isu taboo seperti gangguan seksual serta tindakan berbentuk silencing victims dikupas secara mendalam terutamanya impak atau kesan terhadap mangsa.

Pelakon Riot! Rebel With A Cause

Rashidi Ishak, Nia Atasha, Uyaina Arshad, Tami Anadan, Sarimah Ibrahim, Amanda Ang, Megat Adli, Aniq Durar, Dee Dee A’iene, Nasir Alaydrus, Iedil Dzuhrie Alaudin, Mia Sara Shauki, Sue Tan, Nelissa Nizam, Rahim Omar.

Drama Riot! Rebel With A Cause

Jumlah Episod: 10
Tarikh: 22 September 2023
Hari: Jumaat, 9:00 malam
Siaran: Astro Premier

Related Articles

Back to top button