DramaSlot Samarinda TV3

Drama Rindu Kasih 2

Drama Rindu Kasih 2 akan ditayangkan pada 13 Februari 2024, Isnin – Khamis, 10:00 malam di Slot Samarida TV3.

Sinopsis Rindu Kasih 2

Mengisahkan kesinambungan kehidupan Salina (Ummi Nazeera) selepas dibebaskan dari penjara. Salina nekad meninggalkan Amir dan ibu mertuanya Halijah. Kini, apa yang penting dalam hidup Salina adalah menjaga syurganya, Fayyad (Dzul Hadziq).

Amir tetap tidak berputus asa untuk menjejaki Salina dan Fayyad seperti bekas suami yang gila talak. Amir mahukan Salina kembali ke sisinya dan juga ingin memiliki hak penjagaan terhadap Fayyad. Salina merahsiakan keberadaannya kecuali Hisyam saja yang tahu. Halijah pula dijatuhkan hukuman penjara.

Selepas beberapa tahun, Halijah telah dibebaskan. Salina kembali hidup dalam kegelapan selepas bertemu kembali dengan ibu mertuanya, Halijah. Malah, Salina juga difitnah menjalani hubungan dengan Hisyam apabila hubungan Hisyam dan Murni mula bermasalah.

Fayyad yang kini sudah berusia 7 tahun membesar dengan penuh kasih sayang daripada Salina. Namun, Fayyad yang menghidapi masalah hati memaksa Salina untuk berusaha keras demi menyara kos perubatan Fayyad. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Dapatkah Salina mengecapi kebahagiaan bersama anaknya selepas mengharungi pelbagai dugaan dalam hidupnya?

Pelakon Rindu Kasih 2

Izzue Islam, Ummi Nazeera, Fazlina Ahmad Daud, Dzul Hadziq, Nafiz Muaz, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Shazia Rozaini, Mimi Ernida, Amyza Aznan, Azman Jantan, Laila Nasir, Atoi Tohet.

Drama Rindu Kasih 2

Jumlah Episod: 20
Tarikh: 13 Februari 2024
Hari: Isnin – Khamis, 10:00 malam
Siaran: Slot Samarida TV3

Related Articles

Back to top button