Sinopsis Pujaan Hati Umi
Mengisahkan Umi seorang ibu tunggal yang cekal membesarkan anak-anaknya Razziah, Razman, Razzi dan Reza. Pada usia 60 tahun, Umi telah mencapai kemanisan hidup bersama keluarganya, malah disegani masyarakat kampung. Umi juga menerima anugerah Ikon Wanita Warga Emas. Bagi Umi hidupnya lengkap dengan kehadiran menantunya Osman iaitu suami Raziah dan Safiya isteri Razzi dan dua orang cucunya Emir dan Ezra.
Namun siapa menyangka panas yang diharap hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Keluarga Umi diduga lagi. Osman meninggal ditimpa kemalangan membuatkan Razziah kini terpaksa memulakan hidup baharu dan tinggal bersama Umi. Dalam masa yang sama Razman tiada bersama keluarga mereka untuk berkongsi kedukaan. Razman sebelum ini mengambil keputusan meninggalkan keluarga kerana malu kepada Umi apabila dia terpaksa meninggalkan acara pernikahannya di saat akhir.
Umi cuba menyorokkan kesedihan dan berharap emosi keluarganya pulih. Anak bongsu kesayangannya, Reza menyampaikan berita bahawa dia ingin berkahwin dengan Rita. Umi menyambut berita baik itu dan berharap Rita bakal menjadi sinar baharu kepada keluarganya. Namun bagaikan membela seekor ular, Rita punya agendanya tersendiri.
Pelakon Pujaan Hati Umi
Wan Maimunah, Talha Harith, Faye Kusairi, Wan Nor Azlin, Zain Hamid, Syaffiq Sahli, Sasqia Dahuri, Amanda Misbun, Nina, Haeryanto Hasan, Darren Zariff, Syasya Afiqah, Kuza Muzaini
Drama Pujaan Hati Umi
Jumlah Episod: 20
Hari: Selasa-Ahad
Siaran: Slot Azalea TV9