DramaSlot Akasia TV3

Drama Pujaan Hati Kanda

Sinopsis Pujaan Hati Kanda

Mengisahkan Danny, seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima satu hadiah iaitu bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.

Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi anak kandungnya. Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara, pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.

Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya. Berjayakah Danny menjejaki siapa ibu bapa kandung Rizqi?

Pelakon Pujaan Hati Kanda

Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Ayden Mikael, Aida Khalida, Azar Azmi, Aidil Aziz, Omar Abdullah, Dian P Ramlee, Catriona Ross, Rashdan Baba, Reen Rahim, Taufiq Hanafi, Qazem Nor

Drama Pujaan Hati Kanda

Jumlah Episod: 28
Hari: Isnin-Jumaat
Siaran: Slot Akasia TV3

Related Articles

Back to top button