DramaAstro Premier

Drama Mystic Village

Drama Mystic Village akan ditayangkan pada 30 Oktober 2023, Isnin, 9 malam di Astro Premier.

Sinopsis Mystic Village

Mystic Village adalah sebuah drama siasatan sarat dengan elemen supernatural yang mengikuti Yunus, seorang penyiasat insurans yang menjadi ustaz selebriti apabila dia memenangi naib juara siri realiti Imam Bistari. Setelah dikecam netizen dan dia pulang ke kampung, mindanya yang sentiasa ingin tahu tidak boleh duduk diam.

Tengok-tengok penghulu dan orang kaya kampung, Pak Saad dijumpai mati dihempap khemah qurban. Maka kecohlah sekampung dengan teori yang Hantu Raya telah makan Tuannya i.e. penyebab kematian Pak Saad. Yunus yang yakin ini semua spekulasi karut terjebak dalam menyiasat apa yang sebenarnya berlaku.

Apabila dia mendedahkan kematian itu sebagai pembunuhan dan bukan kemalangan, Yunus mula mendapat reputasi sebagai selebriti yang boleh membongkarkan misteri. Bukan sahaja seorang Imam-fluencer… tapi Imam P.I. (lagi satu gelaran yang Yunus tak tahu samada dia mahu atau tidak).

Sambil dia melayan krisis identitinya, Yunus juga perlu mencari cara untuk mesra kembali dengan ayahnya yang tidak memahami hidupnya, persahabatan baru dengan seorang pemilik gerai bermulut laser dan penghulu baru Kampung Sg. Gelik Kiri yang ingin menaikkan nama kampung dengan menggunakan selebritinya. Penghulu baru ini bercita-cita tinggi dan juga ingin mencari jodoh untuk anak teruna arwah kawan baiknya.

Bolehkah Yunus membongkar misteri di sebalik semua kejadian-kejadian pelik di Kg. Sungai Gelik yang semakin lama makin berkait dengan ‘pembunuhan’ Pak Saad?

Pelakon Mystic Village

Neera Azizi, Kamal Adli, Yuna Rahim, Anas Ridzuan, Gambit Saifullah, Hafizuddin Fadzil, Fazlina Ahmad Daud, Mubarak Majid

Drama Mystic Village

Jumlah Episod: 10
Tarikh: 30 Oktober 2023
Hari: Isnin, 9.00 malam
Siaran: Astro Premier

Related Articles

Back to top button