DramaSlot Samarinda TV3

Drama Misteri Mona

Sinopsis Misteri Mona

Mengisahkan Anom seorang wanita lemah lembut yang menghidap penyakit mental yang kronik. Suaminya, Dr Nadeem risau akan keadaannya Anom yang sering berhalusinasi tentang seorang wanita bernama Mona yang sering menghantuinya. Dr Nadeem telah memberikan Anom segala ubat untuk membantunya mengawal kondisi halusinasinya, tetapi kerana pekerjaan Dr Nadeem yang terlalu sibuk, Nadeem mengupah Farah sebagai penjaga isterinya.

Farah merupakan seorang gadis yang jujur dan rajin mula menjaga Anom kerana dirinya telah menganggur sekian lama setelah tamat pengajiannya. Pada mulanya Farah selesa menjaga Anom, sehingga suatu hari, Farah mula melihat keadaan Anom yang sebenar apabila Farah terleka untuk memastikan Anom mengambil ubatnya, lalu Anom meroyan pada malam itu. Farah teruk dimarahi Dr Nadeem dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Ketika keadaan semakin baik, dan Anom juga semakin rajin mengambil ubatnya, Anom mula menyatakan bahawa dia sering mendengar suara seorang wanita di loteng rumahnya, lalu menyiasatnya sendirian. Farah terkejut apabila mendengar jeritan Anom lalu bergegas ke arah Anom. Ketika itu, sebuah kejutan besar buat Farah apabila Anom berkata, “Aku dah lepaskan Mona……”

Siapakah Mona? Adakah Dr Nadeem tahu kewujudan Mona di loteng selama ini? Mungkinkah Farah mangsa Dr Nadeem seterusnya?

Pelakon Misteri Mona

Janna Nick, Redza Rosli, Ruzana Ibrahim, Elisha Sandha, Ainin Batrisya, Duerra Mitilda, Zarynn Min, Zizan Nin, Syed Irfan, Alif Hadi, Syafi Tee, Siti Aishah Bujang, Amir Rahim, Azhar Amir, Jeff Saly, Elly Suhail, Badsham Harun

Drama Misteri Mona

Jumlah Episod: 8
Tarikh: 10 Disember 2020
Hari: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Siaran: Slot Samarinda TV3

Related Articles

Back to top button