DramaWeTV

Drama Miss Match

Sinopsis Miss Match

Mengisahkan Melissa, hos program bual bicara bertajuk “Berdua Bersatu”, sebagai ‘cupid’ yang membantu individu mencari pasangan hidup mereka. Yang ironinya, Melissa masih tidak berpasangan pada masa itu.

Namun, semua ini berubah apabila Melissa dijemput sebagai ahli jawatankuasa untuk pertemuan sekolah menengahnya, yang menemukannya dengan musuh lama, Adrea. Melissa yang telah bersedia mencari teman hidup tidak sedar akan ‘angkara’ dua rakannya yang membawa Harris ke dalam hidupnya.

Namun, siapa sangka Harris rupa-rupanya bekas kekasih Adrea, sekaligus mencetuskan permulaan satu konfrontasi yang mendebarkan!

Melissa adalah penyampai bagi “Berdua Bersatu,” sebuah program pencarian pasangan ideal. Melissa menerima undangan untuk menjadi ahli komiti bagi acara reunion. Melissa skeptikal apabila perjumpaan tersebut bakal disertai oleh Adrea, musuhnya sewaktu di bangku sekolah. Namun begitu, dia mengambil inisiatif untuk berdamai dengan Adrea demi untuk melancarkan tugasan masing-masing.

Bimbang jika status Melissa yang masih solo dijadikan bahan jenaka, rakannya (Shad dan Iqy) bertindak mencari pasangan untuknya. Pertemuan secara tidak sengaja diantara Melissa dan Harris secara tidak langsung menjadikan hubungan mereka menjadi akrab.

Harris tiba untuk menjemput Melissa. Tanpa diketahui oleh Melissa, Harris merupakan bekas kekasih Adrea. Adrea yakin bahawa Melissa menjadi punca perpisahannya dengan Harris. Sejak dari itu Melissa kembali menjadi sasaran kepada Adrea. Adrea bertindak memalukan Melissa dan mendakwa bahawa Melissa begitu terdesak sehingga sanggup mendapatkan khidmat teman lelaki upahan.

Melissa perlu memilih sama ada menyelamatkan hubungan dengan Harris ataupun menyelesaikan krisis yang tidak berkesudahan bersama Adrea.

Pelakon Miss Match

Kilafairy, Mimi Lana, Bella Dally, Atiq Azman, Donna Muslim, Emelda Rosmila, Izara Aishah, Fairuz Tauhid, Fazziq Muqris, Munaa Bella, Nor Aliah Lee, Sharifah Rose, Nisha Ranai

Drama Miss Match

Jumlah Episod: 4
Tarikh: 25 Februari 2021
Siaran: WeTV

Related Articles

Back to top button