DramaSlot Dahlia TV3

Drama Menongkah Kasih

Sinopsis Menongkah Kasih

Mengisahkan tentang tentang seorang ibu tunggal bernama Datin Rahmah. Datin Rahmah sering mengabaikan dua orang anaknya Reffa dan Riyana kerana terlalu sibuk menguruskan perniagaan. Sikap Datin Rahmah itu telah membuatkan Reffa dan Riyana rasa terpinggir dan mula membawa haluan masing-masing.

Untuk dijadikan cerita, ketika Datin Rahmah semakin berusia, dia mula rasa kesunyian biarpun Reffa dan Riyana tinggal bersamanya. Kedua-duanya sering sibuk dan membiarkan Datin Rahmah keseorangan. Ini membuatkan Datin Rahmah cemburu melihat kemesraan keluarga pemandunya.

Namun Datin Rahmah tidak menyalahkan kedua anak perempuannya. Dia sedar yang kesunyian yang dirasainya itu berpunca dari sikapnya sendiri sewaktu muda yang terlalu fokus pada kerjaya.

Satu hari ketika Datin Rahmah sendirian di pejabat, tiba-tiba dia berasa pening sehingga jatuh pengsan.

Pelakon Menongkah Kasih

Ayda Jebat, Aidil Aziz, Ana Dahlia, Zarina Zainuddin, Beego, Fikhree Bakar

Drama Menongkah Kasih

Jumlah Episod: 20
Hari: Selasa-Jumaat
Siaran: Slot Azalea TV9

Related Articles

Back to top button