Sinopsis Mencintaimu Mr Photographer
Satu kejadian yang tidak sangka membawa pertemuan antara Aira Qaisara dan Nazmi Elyas. Aira Qaisara merupakan seorang gadis lincah dan manja yang bercita-cita untuk menjadi seorang peragawati seperti mamanya dan anak kepada seorang tokoh perniagaan, Tan Sri Megat Miqdad. Terpisah dari mama dan abg tersayang kerana salah faham, yang membuatkan mamanya diceraikan oleh papanya ketika dia masih kanak-kanak. Aira yang tidak mengerti erti perpisahan tersebut telah menanam sifat benci dan marah kepada mamanya tanpa mengetahui sebab sebenar.
Nazmi Elyas atau Jemy, merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal dengan hasil kerja di dunia modelling. Seorang lelaki yang garang dan agak panas baran tetapi selalu cepat cair bila dengan Aira. Bekerja dengan bermacam jenis wanita yang moden dan cantik tetapi hanya Aira sahaja yang mampu membuatkan dia jatuh hati.
Jemy, seorang anak yang tidak diakui status sebagai “Anak” oleh ibunya sendiri. Peristiwa hitam yang dilalui oleh ibunya semasa dulu telah menjadikan Jemy sebagai anak buangan. Kerana terlalu sayangkan Aira, Jemy sanggup bernikah dengan Aira di seberang, sebab mendapat tentangan hebat dari papa Aira yang mahukan Aira berkahwin dengan anak sahabat karibnya, Datuk Roslan. Dan kerana peristiwa hitam ibu Jemy jugalah yang menjadi punca kepada perpisahan dua hati ini tanpa rela.
Mampukah Jemy mempertahankan haknya? Apakah yang sebenarnya berlaku kepada ibu Jemy sehingga beliau tidak dapat menerima Jemy sebagai anaknya? Bagaimana pula dengan Aira? Mampukah dia menjalani hidup tanpa nakhodanya?
Pelakon Mencintaimu Mr Photographer
Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Marisa Yasmin, Arash Mohd, Hairie Othman, Amy Mastura, Fahmy Reza, Mimi Ernida, Ariz Lufias, Aishah Azman, Elvina Chuam, Bernard Hiew, Ikmal Amry, Vicha Saywho, Lia Natalia
Drama Mencintaimu Mr Photographer
Jumlah Episod: 16
Hari: Isnin-Khamis
Siaran: Astro Ria