DramaSlot Samarinda TV3

Drama Menanti Senja

Drama Menanti Senja akan ditayangkan pada 17 Januari 2024, Isnin – Khamis, 10:00 malam di Slot Samarida TV3.

Sinopsis Menanti Senja

Mengisahkan pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah dan suami diuji apabila isteri dan anaknya dipisahkan daripadanya akibat kesalahan yang tidak dilakukannya.

Selepas ayahnya meninggal dunia, Syukri mengambil alih tanggungjawab menjaga ibunya, Mak Milah. Syukri membuka sebuah kedai yang menawarkan servis memperbaiki alatan elektrik / elektronik dengan sahabat baiknya, Epul. Walaupun perniagaan mereka hanya kecil-kecilan, namun ia dapat menampung keluarga masing-masing.

Kehidupan sederhana Syukri berubah selepas berkenalan dengan Sarah, anak kepada pemilik syarikat perindustrian kayu. Mereka berkahwin dan dikurniakan dengan seorang anak perempuan, Suhana walaupun perkahwinan mereka tidak direstui oleh ayah Sarah, Kamal.

Kamal telah menyuruh Syukri bekerja di kilangnya. Satu hari, Syukri dituduh pecah amanah. Malangnya, Syukri gagal membela diri dan dipenjarakan akibat kesalahan yang tidak dilakukannya. Setelah dibebaskan, Syukri telah bertekad untuk membersihkan namanya demi menambat hati Sarah semula dan mendapatkan hak jagaan anaknya Suhana. Adakah perjuangan cinta seorang suami dan ayah ini berpihak kepadanya?

Pelakon Menanti Senja

Johan As’ari, Trisha Ooi, Faizal Hussein, Khatijah Tan, Hawra Jamalullail, Kodi Rasheed, Natasya Mahyan, Sherie Merlis, Hazeeq Dean, Syahmie Thsaqeef

Drama Menanti Senja

Jumlah Episod: 15
Tarikh: 17 Januari 2024
Hari: Isnin – Khamis, 10:00 malam
Siaran: Slot Samarida TV3

Related Articles

Back to top button