DramaTV Alhijrah

Drama Mariam

Sinopsis Mariam

Mariam adalah seorang kanak-kanak perempuan yatim piatu yang hidup menumpang kasih sayang keluarga angkat dari keluarga ke keluarga yang lain. Kerana kehilangan ibu bapanya sejak kecil lagi, hidup Mariam tidaklah senang. Mariam berharap untuk pergi ke sekolah tetapi tidak mampu kerana kemiskinan keluarga angkatnya. Namun, Mariam tidak pernah jemu berdoa agar dia dapat keluarga angkat yang mampu menghantar dia ke sekolah.

Mariam tinggal bersama ibu angkatnya, Idah, dan memohon kebenaran untuk ke sekolah seperti rakan-rakannya. Tetapi, Idah tidak mampu menanggung kos kemasukan ke sekolah. Mariam kemudian dihantar ke rumah saudaranya, Nek Jah di negeri lain. Namun, Nek Jah menyangka Mariam adalah anak gadis dewasa dan tidak mahu menjaga Mariam.

Mariam berasa kecewa dan merasakan dirinya tidak bernasib baik. Adakah Mariam akan dapat menggapai impiannya untuk pergi ke sekolah? Apakah kesudahannya selepas Nek Jah tidak mahu memelihara Mariam?

Pelakon Mariam

Fiza Abdul Halim, Lydia Saimon, Nor Kasseh Kishreena, Aresya Rania, Sulaiman Yassin dan Duerra Mitilda Eiroza.

Drama Mariam

Jumlah Episod: 13
Tarikh: 9 Mei 2022
Hari: Isnin-Selasa, 6:00 petang
Siaran: TV Alhijrah

Related Articles

Back to top button