DramaAstro First

Drama Mandatori

Sinopsis Mandatori

Mengisahkan tentang seorang ‘profiler’ jenayah, Inspektor Norman yang menyiasat kes pembunuhan bersiri yang dilihat berkait rapat di antara satu sama lain. Ia membuka kembali kes-kes jenayah yang berlaku beberapa tahun lalu dan lebih merumitkan apabila setiap siasatan yang dijalankan Norman akan membawa beliau kepada sebuah lagi kes pembunuhan baru.

Norman semakin keliru kerana seorang demi seorang yang beliau kenal mati dibunuh dengan kejam dan pembunuh itu akan meninggalkan petunjuk yang sama iaitu patung mainan ‘Inspektor Carlos’ dan kertas tulisan ‘Case Closed’ yang mana ada ketikanya dijumpai dalam bahagian badan si mati.

Dalam kesibukan Inspektor Norman menjalankan penyiasatan dengan rakan setugas beliau, Detektif Chief Inspektor Kelvin Chan, beliau berkenalan dengan Juliana yang merupakan anak kepada salah seorang ahli perniagaan berjaya dan pemilik Johari Corp, Tuan Johari dan keluarga ini merupakan suspek utama kepada beberapa kes jenayah yang berlaku.

Norman mula menyukai Juliana namun pelbagai dugaan yang berlaku menyukarkan lagi keadaan. Apa yang akan jadi seterusnya? Siapakah dalang di sebalik kes pembunuhan bersiri yang berlaku?

Pelakon Mandatori

Aeril Zafrel, Siti Saleha, Iedil Putra, Alvin Chong, Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Vanidah Imran, Susan Lankaster, Jo Kukathas, Meor Hashim Manap, Amerul Affendi, Chew Kin Wah

Drama Mandatori

Jumlah Episod: 6
Hari: 14 Disember 2017
Siaran: Astro First

Related Articles

Back to top button