DramaTV1

Drama Luka Di Hati Diya

Sinopsis Luka Di Hati Diya

Mengetengahkan tentang ketabahan wanita dalam berdepan cabaran dan kisah hidupnya bersama lelaki yang dicintainya.

Diya Mirza, gadis pendiam di tempat kerjanya. Dia sentiasa hidup dalam ketakutan tak kira di mana beliau berada. Oleh kerana sikap peliknya itu membuatkan dia sering dipulaukan dan dibuli oleh rakan sekerja yang mencari kesempatan atas kelemahannya.

Sehinggalah muncul Remmy, staf baru yang bekerja sebagai penghantar surat di syarikat tersebut. Sikap naif dan pelik Diya menarik hati Remmy untuk terus mendalami hati wanita itu dan sekali gus memusnahkan benteng yang selama ini melindunginya.

Namun tanpa diduga apabila hati masing-masing sudah terpaut, mimpi hitam mula menjadi kenyataan setelah kebenaran mula terjawab.

Diya Mirza menyimpan kisah hitam dalam diari hidupnya dan dia kini dalam pelarian bersama ibunya. Apabila ayah tirinya muncul kembali mengganggu hidup mereka, Remmy terpaksa berkorban dan sebagai balasan, Remmy harus kembali ke pangkuan keluarga dan memikul tanggungjawab yang selama ini diabaikan.

Apakah kesudahan kisah Diya dan Remmy? Adakah hati Diya akan selamanya terluka? Dapatkah cinta mengubat hati yang luka berdarah akibat kepercayaan yang pernah dinodai?

Pelakon Luka Di Hati Diya

Isyariana, Niezam Zaidi, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Sherry Ibrahim, Fikhree Bakar, Kodi Rasheed, Lia Natalia, Azlan Komeng, Kak Girl, Syed Mirfan, Nonny Nadirah, Sanjna Suri

Drama Luka Di Hati Diya

Jumlah Episod: 26
Tarikh: 28 November 2022
Hari: Isnin-Khamis, 6:00 petang
Siaran: TV1 slot Widuri

Related Articles

Back to top button