DramaAstro GoAstro Ria

Drama Liar – Two sides, One Truth

Sinopsis Liar – Two sides, One Truth

Adaptasi dari drama antarabangsa yang tercalon siri thriller terbaik di BAFTA Awards dan British Screenwriters’ Award. Mengisahkan seorang guru yang bijak dan berdedikasi bernama Lara Sulaiman.

Lara, yang baru sahaja bercerai dengan suaminya, cuba untuk ‘move on’ dengan keluar janji temu bersama seorang pakar bedah yang baru saja kehilangan isterinya, iaitu Aiman Yusuf. Selepas bertemu, Lara dan Aiman rasa amat selesa dengan kehadiran masing-masing. Namun, selepas itu, mereka berdua mempunyai cerita berbeza tentang pengalaman temu janji mereka.

Aiman menegaskan dia membantu Lara yang tidak sihat untuk pulang dengan selamat manakala Lara menuduh Aiman merogolnya. Kedua-dua pihak dengan kepercayaan diri mempertahankan pendapat mereka.

‘Liar’ menjanjikan plot twist yang menarik dan menegangkan, di mana rahsia dan pembohongan akan terbongkar. Drama ini memaparkan betapa penipuan yang dibuat boleh memusnahkan kehidupan Lara dan Aiman, serta rakan-rakan dan keluarga mereka.

Pelakon Liar – Two sides, One Truth

Tony Eusoff, Nas-T, Ezzaty Abdullah, Dato’ Jalaluddin Hassan, Atilia Haron, Wan Raja, Tiz Zaqyah, Joyce Harn, Nazrief Nazri, Aniq Suhair, Charles Roberts, Haridhass Selvaraju, Naz Rahman, Nadiya Nisaa, Farah Ahmad

Drama Liar – Two sides, One Truth

Jumlah Episod: 12
Tarikh Astro GO: 25 Mac 2023, Sabtu
Tarikh Astro Ria: 3 April 2023, Isnin, 9 malam
Siaran: Astro GO / Astro Ria

Related Articles

Back to top button