DramaTV2

Drama La Luna

Sinopsis La Luna

Sepasukan polis melakukan serbuan ke pusat pelacuran di sebuah kediaman mewah dan menangkap beberapa gadis yang menjadi mangsa. Luna menjadi peguam bela untuk salah seorang gadis tersebut. Melalui gadis tersebut, Luna mendapat maklumat mengenai gerakan sindiket dan ketuanya, Juan.

Namun, gadis yang memberikan maklumat itu kemudian dibunuh oleh orang yang diupah oleh Juan. Luna merasa bersalah kerana gagal memberikan perlindungan dan jaminan keselamatan kepada gadis tersebut. Kemudian, Luna dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan Juan, ketua sindiket pemerdagangan manusia dan pelacuran.

Juan menyuruh orang-orangnya mengikuti Luna dan mengirimkan sejambak bunga dengan mesej ugutan kepadanya. Dalam perjalanan ke pejabat, kereta Luna juga dikejar oleh seorang lelaki yang kemudian mencuba menembaknya.

Pelakon La Luna

Afiq Muiz, Azrel Ismail, Aida Khalida, Adam Corrie, Jesse Lim, Julia Ziegler, Elisha Sandha, Esma Danial, Steve Yap, Nasha Aziz, Aaron Al-Fateh, Zahirah Macwilson.

Drama La Luna

Jumlah Episod: 13
Tarikh: 13 Februari 2022
Hari: Jumaat-Ahad, 8:00 malam
Siaran: TV2

Related Articles

Back to top button