DramaTV1

Drama Korban Kasih

Sinopsis Korban Kasih

Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya. Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni.

Fatimah merupakan adik bongsu kepada Kak Long serta pasangan kembara Jamil dan Jalil. Sejak kecil lagi, Jalil dibezakan kasih sayang oleh ibu mereka. Jamil dan adik beradik yang lain mendapat layanan yang baik tetapi Jalil dilihat sebagai anak malang yang dinafikan haknya sebagai anak. Jalil sangat dibenci oleh ibu sendiri dan telah didera dari segi emosi dan fizikal.

Kasihankan Jalil, ayah telah membawa Jalil keluar dari rumah dan tinggal bersama Nek Limah. Suatu hari ditakdirkan ayah telah meninggal dunia dan Jalil tela dipersalahkan, tetapi Jalil tetap bersabar dan reda dengan dugaannya. Adik beradik turut bersempati dengan nasib Jalil namun tidak mampu berbuat apa-apa.

Langit tidak selalu cerah, Nek Limah pula meninggal dunia. Jalil tiada pilihan selain terpaksa tinggal semula di rumah ibunya. Sekali lagi, Jalil terpaksa berhadapan dengan sikap marah ibu terhadap dirinya. Jalil tetap sabar dan tidak pernah membalas perbuatan ibunya. Jalil tetap meneruskan tanggungjawabnya menguruskan keluarga. Walaupun mendapat keputusan peperiksaan yang bagus, Jalil sanggup tidak meneruskan pelajaran demi memberi peluang kepada Kak Long dan Jamil meneruskan cita-cita mereka.

Tekanan demi tekanan, jiwa Jalil rapuh akhirnya. Dia mengambil keputusan meninggalkan rumah tanpa pengetahuan Fatimah dan ibunya. Fatimah sebagai adik yang rapat dengan Jalil terpaksa mengambil alih tugas Jalil menguruskan keluarga. Jamil pula dilihat tidak biasa memikul tanggungjawab mengurus keluarga. Ternyata, keadaan tidak sama sewaktu Jalil ada. Kehidupan ibu mula rasa pincang tanpa Jalil dan timbul rasa insaf dan sesal kerana membenci Jalil hingga Jalil pergi tanpa berita.

Setelah beberapa tahun menghilangkan diri, Jalil kembali ke kampung bersama datuknya. Kepulangan Jalil sangat dirai oleh ibu dan adik-beradiknya. Mereka hidup bahagia bersama.

Keadaan keluarga tegang semula apabila Jamil yang dikahwinkan dengan Aisya oleh ibu telah menghilangkan diri di hari perkahwinannya. Jamil hilang tanpa pesan. Ibu merasa sangat menyesal mengaturkan jodoh Jamil dengan Aisya. Namun Aisya sebagai isteri yang baik sanggup menunggu walau Jamil sudah bertahun meninggalkannya.

Fatimah yang kasihan Aisya telah memujuk Jalil agar mengahwini Aisya. Demi kebahagiaan ibu, Fatimah dan Aisya, Jalil akhirnya bersetuju mengahwini Aisya. Mereka hidup bahagia sebagai suami isteri. Kebahagiaan mereka diuji apabila Jamil secara tiba-tiba muncul untuk mendapatkan Aisya kembali tanpa dia ketahui yang Aisya sudah menjadi isteri kepada Jalil.

Bagaimana harus Jalil dan Aisya berhadapan dengan Jamil?

Pelakon Korban Kasih

Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ummi Nazeera, Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat, Ezzaty Abdullah, Dato Ahmad Tamimi Siregar, Sheila Hassan, Nadiyah Shahab, Elnisa Ryun, Riz Amin, Meor Mohd, Haziq Fadhullah, Anne Abdullah

Drama Korban Kasih

Jumlah Episod: 30
Tarikh: 24 April 2020
Hari: Isnin-Ahad, 7:00 malam
Siaran: TV1 (RTM)

Related Articles

Back to top button