DramaSlot Akasia TV3

Drama Kisah Cinta Kita

Sinopsis Kisah Cinta Kita

Mengisahkan tentang Aleesa didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya, Amer. Aleesa diminta menyamar sebagai Natasha yang telah menghilangkan diri kerana mereka berdua mempunyai wajah yang sama. Amer berjanji akan menanggung kos pembedahan ibunya, Hanisah sekiranya Aleesa bersetuju menjadi Natasha demi kesihatan Datuk Ramzi yang masih berada di hospital. Memandangkan dia hanya perlu menyamar sekejap sahaja, Aleesa bersetuju. Aleesa hanya perlu ke hospital dan bercakap-cakap dengan Datuk Ramzi yang masih belum sedarkan diri.

Natasha telah membuat keputusan untuk kahwin lari dengan Zuhairi di sempadan apabila datuknya, Datuk Ramzi mahu memisahkannya dengan Zuhairi. Malahan, Datuk Ramzi ingin mengahwinkan cucu tunggalnya dengan Amer. Selepas kehilangan Natasha, Datuk Ramzi diserang sakit jantung dan dimasukkan ke hospital.

Natasha ditemui dalam keadaan wajahnya terbakar dek kemalangan jalan raya yang tragis. Amer telah mengarahkan Aleesa untuk meneruskan lakonannya sebagai Natasha. Aleesa tidak bersetuju kerana Datuk Ramzi telah sedarkan diri. Tambahan lagi, ini bukan perjanjian awal mereka. Apabila Amer mengugut untuk menghentikan pembiayaan kos perubatan Hanisah, Aleesa terpaksa bersetuju.

Demi ibunya, Aleesa meneruskan penyamaran sebagai Natasha dengan perasaan marah dan benci kepada Amer. Aleesa mengesyaki Amer merancang untuk membolot harta Datuk Ramzi selepas nampak Datin Laila dan Amer dalam keadaan yang mencurigakan. Apakah yang akan berlaku nanti?

Pelakon Kisah Cinta Kita

Aedy Ashraf, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Daniella Sya, Hazman Al-Idrus, Dato’ Jalaludin Hassan, Datin Seri Maria Farida, Khaty Azian, Arash Mohd, Adriana Ghafar, Izzendra

Drama Kisah Cinta Kita

Jumlah Episod: 28
Tarikh: 26 November 2021
Hari: Isnin–Ahad, 7.00 malam
Siaran: Slot Akasia TV3

Related Articles

Back to top button