DramaAstro Ria

Drama Kiblat Ke Syurga

Drama Kiblat Ke Syurga akan ditayangkan pada 5 Jun 2024, Rabu & Khamis, 9:00 malam di Astro Ria.

Sinopsis Kiblat Ke Syurga

Tidak semua cinta itu indah isinya. Tapi bagaimana pula dengan cinta yang membawa manusia ke syurga?

Begitulah kisahnya berkaitan perkahwinan Nina dan Fakhri di mana pasangan itu bahagia dengan pandangan liberal mereka. Akan tetapi segalanya berubah apabila Nina mendapat hidayah untuk berhijrah ke arah lebih baik.

Dalam usaha mendalami agama Islam, Nina mula menghadiri kelas-kelas agama dan bertemu dengan Ustaz Hadi yang mempunyai keperibadian berbeza daripada Fakhri. Ustaz Hadi terkenal dengan ceramahnya berkaitan rumah tangga dan keluarga.

Disebabkan itu, Nina menghadiri ceramah Ustaz Hadi dan meminta nasihatnya dalam usaha menjadi seorang muslim yang lebih baik. Dari situ Nina secara tidak sengaja mempunyai perasaan terhadap Ustaz Hadi dan menyembunyikan status perkahwinannya dari pendakwah itu.

Dalam pada itu, Ustaz Hadi juga terpalit dengan permasalahan percintaan di mana dirinya tersekat dalam perkahwinan yang diatur bersama seorang wanita yang juga penceramah agama, Dr Khadijah. Akan tetapi, Ustaz Hadi juga dalam diam mempunyai perasaan terhadap Nina.

Sedar akan rumah tangganya yang sedang bergolak, Fakhri mengambil keputusan untuk mempelajari agama demi isterinya walaupun sukar. Fakhri bagaimanapun secara tidak sengaja meminta nasihat daripada Ustaz Hadi tanpa mengetahui bahawa isterinya juga meminta nasihat daripada orang yang sama.

Kesemua mereka berada di jalan ke syurga tetapi ia penuh dengan cabaran dan rintangan. Bagaimanakah pengakhirannya?

Pelakon Kiblat Ke Syurga

Azira Shafinaz, Iedil Dzuhri, Syarul Ezani, Lisa Surihani, Natasha Elyzza, Shah Kimin, Megat Sharizal, Sean Lee, Raja Azmi, Safuan Rashid, Rasya Sofea Dean

Drama Kiblat Ke Syurga

Jumlah Episod: 8
Tarikh: 5 Jun 2024
Hari: Rabu & Khamis, 9:00 malam
Siaran: Astro Ria

Related Articles

Back to top button