DramaSlot Samarinda TV3

Drama Rindu Kasih

Sinopsis Rindu Kasih

Selepas ditinggalkan Shida, kehidupan Khalid menjadi tidak keruan kerana terpaksa bekerja demi menyara dan membesarkan Salina yang berusia hanya beberapa bulan. Khalid membesarkan Salina seorang diri dan terpaksa merahsiakan kisah tentang ibunya yang telah dipenjara kerana terlibat dengan pengedaran dadah bersama kekasih gelapnya dahulu.

Dari kecil, Salina berkawan rapat dengan Amir iaitu anak kepada Zamani yang juga merupakan kawan baik kepada ayah Salina. Walaupun Amir berkelulusan tinggi, dia memilih untuk menetap di kampung untuk menjaga ibunya, Halijah dan mengabulkan permintaan terakhir ayahnya iaitu mengahwini Salina.

Perkahwinan Amir dan Salina tidak direstui oleh Halijah. Salina sering dilayan teruk oleh Halijah yang selalu menuduhnya kurang ajar kerana tak dapat didikan dari seorang ibu. Setelah Salina mengetahui tentang kisah ibunya, dia nekad untuk melakukan jenayah kerana mahu dipenjara dan membuktikan kepada Halijah yang dia masih sempat untuk merasa kasih sayang seorang ibu walaupun sebagai banduan. Apakah suratan yang akan tertulis buat Salina?

Pelakon Rindu Kasih

Izzue Islam, Ummi Nazeera, Nafiz Muaz, Amyza Aznan, Arash Mohd, Shazia Rozaini, Fazlina Ahmad Daud, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Ayu Azlina, Nik Ramly, Ikhwan Khairudin, Fariza Shafinaz, Iskandar Shah, Yamin Abu Bakar, Siti Rohani Dollah, Elly Suhaili, Hairi Ab Ghani

Drama Rindu Kasih

Jumlah Episod: 15
Tarikh: 16 November 2022
Hari: Isnin-Jumaat, 10:00 malam
Siaran: Slot Samarinda TV3

Related Articles

Back to top button