DramaSlot Aksi TV3

Drama Keluarga Pontimau

Sinopsis Keluarga Pontimau

Rayyan, seorang penulis novel fiksyen baru pindah ke kawasan baru untuk menulis novel terbarunya. Sambil minum kopi dan memerhatikan jiran-jiran, dia mendapat idea untuk menulis tentang Keluarga Pontimau – keluarga hasil perkahwinan campur Pontianak dan Harimau Jadian. Keluarga ini mempunyai perwatakan unik dan nilai-nilai murni hasil daripada pemerhatian Rayyan di kawasan kejiranan barunya.

Keluarga ini terdiri daripada Eddy, ketua keluarga yang merupakan harimau jadian yang memiliki kekuatan luar biasa, dan isterinya, Elvira seorang Pontianak yang mempunyai kekuatan lebih daripada Eddy. Mereka mempunyai dua anak kembar – Joe dan Sabrina. Joe bijak dan matang, sementara Sabrina cantik dan sering menjadi diva. Anak bongsu mereka, Baby George, mempunyai kuasa mengalihkan barang melalui minda dan juga keupayaan berkomunikasi melalui minda.

Kerana keanehan keluarga ini, jiran-jiran mereka – Jabar dan Julia ingin menyiasat dan mengetahui rahsia mereka. Adakah Keluarga Pontimau ini dapat menyesuaikan diri dengan dunia manusia dan dapat menyembunyikan rahsia mereka dengan baik?

Pelakon Keluarga Pontimau

Marsha Milan Londoh, Amelia Henderson, Sean Lje, Keith Foo, Esma Daniel, Kismah Johar, Lee Yvonne, Nurul Fatihah Ali, Jasmine Suraya, Julia Ziegler, Yasmin Hani, Dazrin Kamaruddin, Akhmal Rizal, Jaslin Puasa, Angelin Tan.

Drama Keluarga Pontimau

Jumlah Episod: 13
Hari: Selasa
Siaran: Slot Aksi TV3

Related Articles

Back to top button