DramaSlot Akasia TV3

Drama Kekasih Paksa Rela

Sinopsis Kekasih Paksa Rela

Berkisarkan tentang Adham dan Rosnaida bernikah selepas tamat belajar tanpa persetujuan ayah Adham, Dato’ Azman. Semenjak itu, hubungan Rosnaida dan Dato’ Azman tidak pernah baik, walaupun telah diusahakan oleh Adham dengan pelbagai cara untuk merapatkan hubungan mereka.

Berputus asa dengan Dato’ Azman, Rosnaida membuat keputusan untuk membawa diri dan melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat dan enggan pulang ke Malaysia. Ketika ketiadaan Rosnaida, Adham telah menyelamatkan Hanan daripada kejahatan ayah tirinya. Demi mengelakkan sebarang fitnah daripada keakraban mereka, Adham memperisterikan Hanan tanpa sebarang perbincangan bersama Rosnaida.

Konflik institusi perkahwinan Adham memuncak apabila Rosnaida pulang secara tiba-tiba. Sanggupkah Adham menceraikan Hanan demi Rosnaida atau sebaliknya? Atau adakah mereka akan meneruskan kehidupan mereka secara berpoligami?

Pelakon Kekasih Paksa Rela

Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Afzan Rahman, Dayang Areeda, Nynaa Harizal, Jalaludin Hassan, Emelda Rosemila, Fizz Fairuz, Aman Graseka, Khaty Azian, Hazman Al-idrus, Azhar Amir, Fatin Afeefa

Drama Kekasih Paksa Rela

Jumlah Episod: 28
Hari: Isnin-Khamis
Siaran: Slot Akasia TV3

Related Articles

Back to top button