DramaAstro Ria

Drama Jangan Menangis Cinta

Sinopsis Jangan Menangis Cinta

Menceritakan perkahwinan aturan keluarga antara Riyana dan Zafran yang mana mencetuskan rasa cinta apabila Riyana hamil. Bagaimanapun perkahwinan mereka diduga apabila anak mereka, Cinta Aryana, dilahirkan tanpa sebelah kaki.

Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya.

Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia.

Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membencinya.

Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna.

Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik!

Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja.

Pelakon Jangan Menangis Cinta

Remy Ishak, Amyra Rosli, Rita Nadira, Halim Radzi, Sharifah Fathimah Hawra, Kiah Propa, Atilia Haron, Khaty Azian, Wanns Ahmad, Fiza Thomas, Ku Fridah, Amanda Amry, Idzham Ismail, Rahim Jailani, Fadilah Mansor, Hilal Azman

Drama Jangan Menangis Cinta

Jumlah Episod: 40
Tarikh: 21 Mac 2022
Hari: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Siaran: Slot Megadrama Astro Ria

Related Articles

Back to top button