DramaSlot Iris TV3

Drama Isteri-Isteri Ayah

Sinopsis Isteri-Isteri Ayah

Rancangan Nizam dan Farah untuk bercuti di Bali terpaksa dibatalkan apabila ibu Nizam, Zakiah sakit tenat. Ayah Nizam, Kamal berusaha untuk menunaikan hajat terakhir Zakiah yang ingin menaiki kapal layar ke Phuket. Namun sayangnya, Zakiah meninggal dunia sebelum sempat menaiki kapal tersebut.

Nizam dan Farah bersedih melihat ayah mereka mengalami kemurungan kronik selepas kematian ibu mereka, lalu mereka menjemput ayah mereka, Kamal untuk tinggal bersama mereka. Pelbagai masalah muncul apabila Kamal menjadikan rumah mereka seperti rumahnya sendiri. Kamal menjemput rakan-rakan perniagaannya untuk berbincang di rumah mereka. Namun keadaan menjadi huru-hara apabila tiga wanita tiba-tiba muncul dan mendakwa bahawa mereka adalah isteri Abang Kamal.

Muncul seorang wanita bernama Wana yang mengaku sebagai isteri Kamal. Nizam dan Farah terkejut kerana Kamal mengakui Wana sebagai isterinya. Setelah kemunculan Wana yang enggan pulang, Nizam dan Farah dikejutkan lagi dengan kemunculan dua wanita lain, iaitu Kak Ana dan Zana yang juga mengaku sebagai isteri ayah mereka.

Nizam terkejut besar mendapat tahu yang selama ini ayahnya berkahwin lagi. Lebih mengharukan, isteri-isteri yang lain tidak mengetahui tentang kehadiran madu lain selain arwah Zakiah. Setiap isteri enggan mengalah dan meninggalkan rumah Nizam sehingga Kamal membuat keputusan untuk menceraikan salah seorang daripada mereka.

Pelakon Isteri-Isteri Ayah

Azad Jazmin, Datuk Jalaluddin Hassan, Sharifah Asyikin, Syazwan Zulkifly, Rozie Othman, Faye Kusairi, Eira Syazira, Watie Sadali, Azza Elite, Wan Sharmila, Ira Ghani, Liza Abdullah

Drama Isteri-Isteri Ayah

Jumlah Episod: 20
Hari: Isnin-Khamis
Siaran: Slot Iris TV3

Related Articles

Back to top button