DramaTV3

Drama Helo, Saya Anak Uncle!

Drama Helo, Saya Anak Uncle! akan ditayangkan pada 17 Mac 2024, Ahad, 9.00 malam di TV3.

Sinopsis Helo, Saya Anak Uncle!

Dr. Suhael, seorang doktor pakar kanak-kanak yang saban hari dikelilingi oleh pesakit kanak-kanak. Kehadiran seorang anak kecil bernama Ciara yang tiba-tiba mengaku sebagai anaknya telah mengucar-ngacirkan hidupnya.

Ayahnya bersekongkol dengan bekas isterinya untuk membiarkan Ciara dijaga oleh Suhael kerana Sarah mengikut suaminya ke luar negara dan terpaksa meninggalkan Ciara disebabkan Ciara akan mula persekolahan darjah 1.

Dia merasakan dunianya gelap, hidup yang dulunya bebas dan tidak terikat dengan komitmen kini telah dibebani dengan tanggungjawab sebagai ayah! Kehadiran Ciara telah menggugat posisi Mira sebagai teman wanita Dr Suhael.

Setiap hari, pelbagai cara yang Mira lakukan di depan Ciara untuk memastikan bahawa Ciara sedar akan posisinya di hati Dr Suhael.

Namun kemunculan Cikgu Wawa yang merupakan guru sekolah Ciara juga menjadikan Mira semakin membara. Berjayakah Mira menyisihkan posisi Ciara sebagai anak? Adakah kehadiran Ciara hanyalah satu bebanan?

Pelakon Helo, Saya Anak Uncle!

Izzue Islam, Zara Zya, Rania Amanda, Aprena Manrose, Raden Zaharatul, Umar Al Amsyar, Kuna Muzani, Hafidzuddin Fazil

Drama Helo, Saya Anak Uncle!

Jumlah Episod: 4
Tarikh: 17 Mac 2024
Hari: Ahad, 9.00 malam
Siaran: TV3

Related Articles

Back to top button