DramaSlot Samarinda TV3

Drama Haloba

Drama Haloba akan ditayangkan pada 3 Oktober 2023, Isnin – Khamis, 10:00 malam di Slot Samarinda TV3.

Sinopsis Haloba

Mengisahkan Erina yang pulang dari luar negara berusaha merampas kebahagian daripada rumahtangga Raif yang mempunyai dua orang isteri dan seorang anak tunggal. Mampukah dia menggantikan kedudukan dua orang isteri yang taat setia pada Raif?

Pada hari pertama bekerja di syarikat Asia Dinamik, Rina telah menyinggung perasaan Alia dihadapan lembaga pengarah. Semenjak peristiwa itu dia dibuli dengan bebanan kerja dan dimalukan dengan gurauan melampau. Dengan bantuan Misha, Rina dipanggil semula bekerja dan Raif berpuas hati dengan kerja Rina. Hubungan Raif dan Rina juga semakin mesra.

Hubungan mesra Raif dan Erina telah mendapat perhatian media, pihak media cuba mendapatkan kepastian daripada Alia dan Misha sama ada mereka setuju untuk menerima Rina sebagai isteri ketiga Raif. Atas keizinan Misha, Raif dibenarkan berkahwin dengan Rina tapi dalam masa yang sama Raif marah apabila mengetahui hubungan Alia dan Taufik. Namun Alia masih menyimpan dendam terhadap Misha dan menyusun strateginya.

Kepulangan Erina ke Malaysia dipacu tujuan untuk membalas dendam terhadap Raif atas kesalahannya yang lalu. Erina telah berganding dengan kekasihnya, Hadi untuk menjalankan matlamat ini.

Pada awalnya, ia kelihatan mudah bagi Erina untuk melaksanakan hasratnya. Namun, situasi ini tidak kekal begitu. Misinya dibelenggu pelbagai cabaran yang timbul daripada pelbagai pihak. Dia berdepan dengan keadaan yang sukar, khususnya bersama individu di sekeliling Raif.

Erina tekad dengan tujuan asalnya. Dia sanggup mengetepikan akhlak dan prinsip dirinya. Siri ini memaparkan bagaimana sikap haloba mampu menguasai manusia.

Erina bertindak agresif serta tidak berperikemanusiaan demi mencapai matlamatnya. Perkembangan kisah ini dikeruhkan lagi dengan watak-watak lain yang menimbulkan pelbagai lagi masalah. Adakah Erina akan berjaya dengan misinya untuk merosakkan kebahagiaan orang lain atau adakah dia akan menjadi mangsa permainannya sendiri?

Pelakon Haloba

Ieda Moin, Afifah Nasir, Sherry Ibrahim, Zila Bakarin, Shah Iskandar, Syaffiq Sahli, Aiman Hakim Ridza, Muntazar Ghufran, Shiqin Kamal, Izz Ilham, Kazar Saisi, Hilal Azman

Drama Haloba

Jumlah Episod: 15
Tarikh: 3 Oktober 2023
Hari: Isnin – Khamis, 10:00 malam
Siaran: Slot Samarinda TV3

Related Articles

Back to top button