DramaAstro Premier

Drama Gamers Mangkuk

Drama Gamers Mangkuk akan ditayangkan pada 1 Disember 2023, Jumaat, 9.00 malam di Astro Premiere.

Sinopsis Gamers Mangkuk

Lima anak muda terdiri daripada Tam, Napi, Lee, Maya dan Theeban yang berjuang untuk melepasi pertarungan e-sukan terkemuka Mobile Legends: Bang Bang, dengan mendapat tajaan dari Mangkuk Hajah Munah. Setelah diperkenalkan dengan nama Gamers Mangkuk, lima anak muda ini berjaya menerima jemputan daripada Slayer, pemain e-sukan dan streamer handalan Malaysia untuk bertarung di dalam sebuah pertandingan besar dan dijanjikan habuan hebat untuk menyertai Team Perang, kumpulan pemain-pemain e-sukan profesional dan Juara e-sukan Kebangsaan.

Setelah Gamers Mangkuk berhempas pulas, ternyata pertarungan yang dijanjikan adalah tipu helah semata-mata serta dirancang oleh pihak penganjur untuk mendapat perhatian masyarakat dan penaja. Manakala juara pertandingan juga telahpun ditetapkan terlebih awal sebelum penglibatan Gamers Mangkuk. Akibat terkilan dengan keputusan pihak penganjur, Gamers Mangkuk mencabar Team Perang untuk pertempuran satu-lawan-satu dan perlu disiarkan secara langsung di khalayak umum. Mampukah Gamers Mangkuk menawan Team Perang untuk dinobatkan sebagai kumpulan e-sukan baharu?

Pelakon Gamers Mangkuk

Amir Ahnaf, Taufik Izmir, Nick Davis, Sara Mack Lubis, Sathisvaran, Amelia Christie, Josiah Hogan, Nadia Brian, Taqim Zaki, Khatijah Tan, Louisa Chong, Puteri Qaseh

Drama Gamers Mangkuk

Jumlah Episod: 8
Tarikh: 1 Disember 2023
Hari: Jumaat, 9.00 malam
Siaran: Astro Premiere

Related Articles

Back to top button